Kemudahan Sekolah

Platform E-learning

Bagaimanakan pelajar ASIQS belajar secara online?

  1. Menerima link di telegram di laptop masing-masing lima minit sebelum kelas. 
  2. Klik link ke pelajaran
  3. Masuk sesi live bersama guru selama setengah jam
  4. Mula membuat latihan kendiri di platform. Di sini terdapat  nota rujukan dan juga aktiviti interaktif samada on screen mahupun off screen. 
  5. Hantar mengikut arahan yang diberikan dan mendapat ‘feedback’ daripada guru-guru. 
  6. Sekiranya pelajar tidak hadir atau menghadapi masalah, jurulatih peribadi akan menghubungi pelajar atau ibu bapa untuk memberikan bantuan. 
  7. Untuk mengulangkaji pelajaran lepas, log in platform, pilih course yang dikehendaki, pergi ke lesson.

Bermula pada bulan Julai tahun 2018, ASIQS mula beroperasi di bangunan Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam. Dengan jumlah lima lot kedai yang kesemuanya dicantum dengan menarik menghasilkan satu kawasan sekolah yang amat luas dan merupakan apa yang ASIQS kehendaki apabila pelajar ASIQS sudah hampir mencecah 100 orang ketika itu. Ditambah dengan bilangan tenaga pengajar ASIQS seramai 20 orang, bangunan baru ini mampu memuatkan kesemua 120 orang warga ASIQS dalam satu-satu masa.

Bangunan ASIQS yang baru

Bangunan ASIQS yang baru ini menempatkan 8 buah kelas yang luas dan tersergam indah. Kelas-kelas ini mampu memuatkan sejumlah 12-18 orang pelajar dalam satu-satu masa. Setiap kelas ini dilengkapi dengan papan putih, penghawa dingin dan bahan bantu mengajar seperti televisyen 42 inci atau pemancar projektor dan layar putih mengikut kesesuaian tahap pelajar yang menggunakan kelas-kelas ini.

fun

Suasana ceria

Setiap kelas dihiasi dengan pelbagai cara dekorasi dinding bagi mewujudkan suasana ceria para pelajar ketika menuntut ilmu. Apa yang menarik ialah setiap dekorasi kelas ini diilhamkan sendiri oleh para pelajar bagi mewujudkan perasaan cinta ke atas kelas mereka masing-masing. Sistem tingkap yang strategik mengizinkan pencayaan semulajadi matahari menerangi setiap kelas dengan terang membuatkan suasana kelas bertambah ceria dan indah.

Kampus ASIQS @ Space U8, Shah Alam

KitarLaris Experiential Learning Lab @ U15, Shah Alam

Kawasan seluas 1 ekar di Seksyen U15, Shah Alam

Terdapat 9 fasiliti utama:

Bengkel kerja kayu

Bengkel kerja kayu dan paip

Ujikaji tanaman

Ujikaji dan explorasi tanaman

Persediaan tanah

Persediaan tanah dan baja

Rumah _Hobbit_

Rumah ‘hobbit’

Rumah Hijau

Rumah Hijau

Kolam ikan

Kolam ikan

Model Janakuasa

Model janakuasa tenaga
boleh diperbaharui

Mini Jungle Trekking

Mini jungle
trekking

Aquaponik

Aquaponik, fertigasi &
hidroponik